Baru-baru ni hana ada join kelas ilmu nutrivention topik Fasting For Weight Loss dengan Dr.Redza iaitu salah seorang saintis di Malaysia dalam bidang nutraceuticals. Banyak ilmu baru yang hana belajar terutamanya berkaitan intermittent fasting yang mana sejak dua menjak ni sangat popular dikalangan rakyat Malaysia aktif buat diet ni. Sampai hana sendiri pun ada buat juga tapi tak konsisten. Paling tahan pun buat IF dalam 16 jam paling lama.

Apa yang Dr.Redza kongsikan beliau tak pernah buat intermittent fasting atau IF ni tetapi beliau juga tidak menolak sesiapa yang nak buat IF ni. Jadi atas individu tersebut cumanya pesan beliau sebagai muslim terbaik adalah dengan berpuasa cara Rasulullah SAW.

IF ni majoriti yang lakukan adalah untuk dapatkan penurunan berat yang sihat serta bentuk badan yang ideal. Cumanya tak semua dapat result yang baik atas cara individu tu sendiri. Jadi hana kongsikan secara ringkas untuk kita kenal IF ni diet yang macam mana sebenarnya.

Apa itu Intermittent Fasting?

Diet IF adalah satu cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi jika dibandingkan dengan puasa sunat atau ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau minuman yang zero kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.

Jenis Diet Intermittent Fasting

Terdapat beberapa jenis pilihan jam untuk buat IF ni. Dalam sehari kita ada 24 jam, jadi terpulang pada anda untuk “berpuasa” berapa jam dan tempoh makan berapa jam.

  • Puasa 15 jam, makan 9 jam
  • Puasa 16 jam, makan 8 jam (menjadi pilihan ramai)
  • Puasa 20 jam, makan 4 jam
  • Puasa 23 jam, makan 1 jam
  • 5 hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlukan had pengambilan kalori 500-600 kalori sahaja

Jadual IF yang terbaik dengan panjangkan tempoh berpuasa dan pendekkan tempoh waktu makan. Dengan cara ini membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Adakah Intermittent Fasting Sama Dengan Puasa Ramadhan ?

Intermittent fasting larang pengambilan kalori tapi dibenarkan minum air atau minuman yang tidak berkalori. Tetapi semasa berpuasa kering kita tidak dibenarkan minum air. Jadi sangat berbeza dari segi amalan senaman dan dehidrasi.

Autophagy Berlaku Semasa Puasa

Semasa lakukan intermittent fasting atau berpuasa di bulan ramadhan, berpuasa akan merangsang proses autophagy iaitu dengan memakan sel yang rosak, bertoksik atau bermasalah dengan menghasilkan sel baru atau sel sihat. Mekanisma autophagy memberi peluang badan memelihara badan dimana ia boleh keluarkan sel-sel yang rosak dan kitar semula bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.

Kaedah atau cara untuk capai autophagy ni berdasarkan gambar dibawah sekurang-kurang perlu IF 18 jam keatas. Untuk capai ke puncak autophagy perlu 72 jam IF baru fungsi autophagy berlaku dalam badan iaitu selama 3 hari hanya perlu minum sahaja. Persoalannya adakah kita mampu bertahan dengan minum zero kalori untuk 3 hari tersebut ?

Jadi dalam islam, kita dimudahkan dengan puasa sunat atau puasa sebulan ramadhan selama 13 jam jika di Malaysia tetapi lebih cepat untuk capai target autophagy. Kenapa nak susahkan diri untuk 72 jam sedangkan kita boleh capai autophagy dengan hanya berpuasa satu hari.

Cara untuk capai autopaghy adalah dengan:

  1. Berpuasa samada IF atau puasa kering
  2. Amalkan tinggi lemak dan rendah kerbohidrat
  3. Tidur yang cukup
  4. Bersenam
  5. Pengambilan supplement yang cukup

Manfaat autophagy :

  • Fungsi imun badan dipertingkatkan
  • Keluarkan protein toksin daripada sel
  • Tingkatkan fungsi kognitif
  • Melindungi sistem saraf
  • Lebih banyak tenaga kepada mitokondria

5 Top Supplement Aktifkan Autophagy

Dr.Redza ada sebutkan beberapa jenis supplement yang dapat bantu percepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Bertuahnya untuk pengamal Shaklee sebab diantara Dr.Redza kongsikan ada 3 jenis produk dari Shaklee iaitu Vivix, Res V dan Coqtrol Plus. Ketiga produk ini ada fungsi tersendiri untuk sesi autophagy.

Vivix : Revestrol induces autophagy

Res V : Dietary polyphenls promotes resilience against sleep deprivation

Coqtrol Plus : Coenzyme Q10 regulates autophagy

5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

1. Pengambilan makanan kalori yang tinggi sewaktu IF

Apabila waktu makan dihadkan secara tak langsung anda telah mengawal jumlah kalori untuk seharian. Tak jauh beza semasa puasa ramadhan yang mana dengan kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg tanpa bersenam. Anda tidak boleh mengambil makanan yang berkalori tinggi semasa puasa. Makanan yang dibenarkan sepanjang tempoh berpuasa hanyalah makanan tiada kalori atau tiada gula.

Jadi semasa eating window atau waktu berpuasa ramadhan pilihlah makanan yang betul. Elakkan yang tinggi karbohidrat atau tinggi gula. Takda la sia-sia anda menahan lapar tetapi waktu boleh makan, terlebih makan macam lapar sangat.

Bagi menghasilkan pembakaran yang cepat dan sihat anda disarankan untuk mengamalkan diet rendah karbohidrat. Kebaikan diet rendah karbohidrat secara tak langsung meletakkan badan anda dalam ketone iaitu proses badan membakar lemak untuk tenaga.

2. Minuman tinggi kalori

Sepanjang tempoh IF anda masih boleh minum cuma dihadkan pemilihan air terutamanya yang zero kalori. ini kerana badan kita majoriti adalah air. Dengan kurangkan air yang manis bantu stabilkan paras glukos darah dan jatuhkan hormon insulin dari paras biasa. Apabila hormon insulin jatuh, badan akan paksa buang air berlebihan kerana kekurangan gula dalam diet.

Jadi minuman yang dibenarkan minum semasa tempoh IF adalah :

  • Air putih
  • Teh kosong
  • Kopi kosong

3. Tiru Tempoh Waktu Orang Lain buat IF

Masa buat IF sangat penting untuk kenali badan anda sendiri. Sebab setiap fasa jam semasa IF ada interaksi bakal berlaku pada badan anda. Jadi elakkan meniru orang lain yang mampu bertahan lebih dari 20 jam tanpa makan.

4. Kesan Sampingan

Bagi yang baru pertama kali nak cuba IF, anda mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah. Anda akan mula rasa sakit kepala, denyutan jantung meningkat, pening dan mual.

“Ketika anda tidak makan, tubuh akan membakar glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membakar lemak”

Pakar pemakanan Frances Largeman-Roth

Tetapi keadaan tersebut anda akan alami pada peringkat awal sahaja dan selepas itu tubuh akan mula sesuai dengan IF.

5. Tahap kolagen berkurangan sehingga 90%

Semasa buat IF atau puasa kering akan seronok bila berat berjaya turun tetapi ada kekurangan yang anda tak sedar waktu autophagy berlaku iaitu kulit nampak sedikit kendur.

Bila kolagen makin berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. Ini kerana badan kita sebenarnya terdiri daripada 30% dari protein badan adalah kolagen dan 70% adalah air. Kolagen kesemuanya ada 28 jenis tetapi semasa intermittent fasting kolagen type 1 paling terjejas.

Kolagen Type 1 bantu :

  • Kurangkan garis halus dan kedutan
  • Bantu elastikkan kulit dan hidrasi
  • Bantu kuatkan rambut dan kuku
  • Sokong pembaikan otot
  • Sumber kolagen dari ikan

Untuk kekal muda sihat dan cergas adalah penting gabungan autophagy dan kolagen.

Cara nak dapatkan sumber kolagen yang terbaik adalah :

  • Pilihan kolagen dari jenis peptide yang mana lebih baik dari segi penyerapan
  • Ada gabungan vitamin c untuk mudahkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas
  • Gabungan Vitamin B2 serta B6 untuk menyokong metabolisma tenaga serta penghasilan kolagen dalam sel

Anda boleh dapatkan kolagen terbaik dari Shaklee yang mana berasal dari sisik ikan merah yang berada di laut dalam dengan formula proprietari kolagen sebanyak 4,000 mg.

Memandangkan kita bakal menyambut ramadhan lagi sehari, pastikan sepanjang tempoh berpuasa anda bekalkan supplement terbaik untuk badan supaya kekal sihat dan cergas sepanjang berpuasa malas untuk sesi autophagy berlaku.

Untuk pembelian produk Shaklee tau sebarang pertanyaan anda boleh terus whatsapp hana. Hana akan cuba sebaik yang mungkin sepanjang sesi konsultasi nanti. Klik link ni untuk whatsapp, https://hi.jomwasap.my/hanaarazak

(Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk suplemen)

Hana A Razak | ID 1253416 | Shaklee Business Leader

Advertisement