5 Idea Menu Sahur Sihat

Bila cerita sahur ni kan bermacam cara kita makan waktu sahur. Macam hana sendiri waktu umur budak sekolah rendah, pagi-pagi dengan mata kelat dah kena mengunyah nasi. Mari hari tak lalu nak makan sampai lumat nasi tu kena kunyah. Tapi itulah lumrah pengalaman.

Sebabnya dari kecil kita dah didik untuk bersahur berat. Bila dah meningkat umur, masuk sekolah asrama hana dah start sahur yang ringan ringan. Yelah, makan je apa yang ada asalkan sahur. Mula dari situ dah kurang makan nasi.

Untuk sahur ada orang memang kena makanan berat contohnya nasi atau mee tapi ada sesetengah orang yang jenis bersahur ringan. Apa pun konsep sahur anda yang penting ianya bantu perut kenyang dan badan bertenaga sepanjang hari. Lagi pun sahur merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Rugi kalau kita tak manfaatkan untuk dapat pahala.

Perkara Penting Perlu Ada Ketika Bersahur

Pengambilan makanan yang berkhasiat waktu sahur sangat penting. Ianya akan bantu kecergasan badan kita sepanjang berpuasa. Jadi amat penting untuk tekankan tiga elemen ini masa bersahur iaitu karbohidrat, protein dan air.

1. Karbohidrat

Karbohidrat yang kaya dengan serat mampu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa. Contohnya makanan yang kaya dengan serat ialah buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh.

2. Protein

Protein selain dari mampu memberikan ketahanan untuk menahan lapar ia juga memberi tenaga untuk kerja seharian. Contoh telur, ikan, ayam, daging dan keju.

3. Air

Air perlu diminum cukup sebab tubuh manusia sangat memerlukan air. Dapatkan makanan yang kaya dengan air juga ketika bersahur.

Challenge 30 Hari Ramadhan

Untuk ramadan kalini, hana bersama team yang lain ada buat challenge untuk 30 hari berpuasa ni yang mana kami semua kena jaga dari segi pemakanan, ambil pengambilan Set Puasa Shaklee dan lakukan senaman ringan sebelum berbuka.

Cabaran 30 hari

Jadi pelbagai menu sahur sihat, menu berbuka yang sedap tapi versi sihat pakat dikongsi belaka. Group pun jadi meriah seawal 5 pagi pakat berkongsi sahur apa. Yang bestnya semua dah tak sahur berat waktu pagi sebab badan rasa lebih cergas bila makan yang berkhasiat.

Ada yang nak join challenge ni ? Mana tau masa raya nanti dapat berat yang ideal dah. nak makan ketupat rendang pun takda rasa bersalah sangat. Boleh tinggalkan komen atau klik link whatsapp hana nanti hana bagi syarat penyertaannya. Masih sempat lagi ni. Terbuka kepada yang belum SID lagi.

5 Idea Menu Sahur Sihat

Dibawah ni hana kongsikan beberapa idea menu sahur versi sihat. Mungkin anda nak dapatkan berat yang ideal sepanjang ramadan ni. Masih sempat lagi ! Yang pasti sedap dan menyelerakan walaupun cara sihat.

Bubur Oat Ayam atau Berlauk

Oats berlauk

Simple tapi mengenyangkan. Oats tadi ibarat ganti nasi. Terbaik guna rolled oats yang organik dan free gluten. Masak dalam 2-3 sudu pun dah cukup sebab nanti oats tu kembang dan perut akan kenyang lama sebab rendah glisemik indeks.

Sandwich Wholemeal

Wanpaku sandwich

Guna roti wholemeal lebih baik daripada guna roti putih. Boleh buat sandwich telur, tuna atau nak guna ayam pun boleh. Masukkan sekali sumber serat iaitu salad atau tomato untuk rasa yang lebih sedap. Boleh tambah perasa tapi dalam kadar yang sedikit supaya ada rasa bila makan.

Roti Telur

Roti telur cheese

Paling mudah dan sedap juga untuk disediakan. Lapiskan dengan cheese untuk bangkit rasa lemak masin bila makan. Dicadangkan guna roti wholemeal sebab mempunyai glisimek yang rendah. Jadi perut akan kenyang lebih lama.

Overnight Oats Chia Seed

Yang suka makan oats ni versi paling sedap, tambah dimakan sejuk-sejuk. Tapi kalau anda sama macam hana, kurang suka yang sejuk nak pula makan seawal pagi. Boleh buat cara hana, masukkan sekejap dalam peti sejuk sekurangkan 20-30 minit sekadar bagi oats tadi kembang. Boleh add on chia seed untuk rasa yang lebih sedap. Tapi pastikan sukatan oats dan chia seed tak banyak ya. Nanti jenuh nak habiskan bila semua dah kembang. hehe

Smoothie Pisang Kurma

Smoothie pisang kurma

My favourite! Selalu pagi-pagi berlawan bunyi blender dengan jiran sebelah. Hana akan gunakan protein powder dari Shaklee samada ESP atau Cinch Shake. Lepas masukkan pisang, kurma atau nak tambah oats pun boleh. Minum ni saja pun perut rasa kenyang sebab dalam protein powder tadi ada sumber serat dan protein yang cukup. Kalori pun tak tinggi sangat dan masih kategori rendah glisemik indeks.

Proteinn powder Shaklee berserta GI yang rendah

Promosi Set Puasa Shaklee

Promosi Cinch Shake bulan March
Promosi Set Puasa bulan March

Untuk dapatkan mana mana item atau Set Puasa Shaklee ni, boleh contact hana. Boleh pilih samada nak Cinch Shake atau ESP. Klik terus link ni untuk pembelian, https://hi.jomwasap.my/hanaarazak

Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader

Leave a comment