Manfaat Dan Kelebihan Vitamin E Shaklee

Manfaat dan kelebihan vitamin E Shaklee. Vitamin E merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis tokoferol dan 4 jenis tokotrienol) yang memiliki sifat vitamin larut-minyak dengan ciri pengantioksida. Vitamin E bukan nama untuk setiap satuan bahan kimia spesifik selain daripada itu untuk setiap campuran yang terjadi di alam yang akan menyediakan fungsi vitamin E dalam pemakanan.

Apakah Itu Vitamin E?

  • Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak.
  • Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan.
  • Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.
  • Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

Sumber vitamin E terdiri daripada minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , semua bijirin, beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum .

Kelebihan Vitamin E Shaklee

Satu kapsul memberikan :

  • 400UI vitamin E dari sumber semulajadi iaitu minyak kacang soya dan bentuk D-alfa-tokoferol, merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap oleh tubuh.
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E untuk fungsi yang optimum.
  • 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Mengikut kajian saintifik ekstrak biji anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkan secara konsisten.

Ekstrak biji anggur ini juga mengandungi OPC (Oligomeric Proanthi Cyanidin-sejenis fitonutien tulen) yang membantu kulit lebih elastik seterusnya membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi. OPC berfungsi memusnahkan ‘radika bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan Vitamin C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.

Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

1. Pelindung Sel Darah Merah

Pasti ramai yang tidak tahu tentang kebaikan Vitamin E kepada sel darah merah. Sumber Vitamin E dapat melindungi sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat,bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas. Secara tidak langsung, ia boleh membantu untuk mengelakkan diri anda dari menghidapi jenis penyakit yang kronik seperti leukimia dan lain-lain lagi.

2. Meningkatkan Kesihatan Tubuh Badan

Antara perkara lain yang wajib anda ketahui tentang Vitamin E adalah ia dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membantu mengatasi masalah tekanan, meningkatkan kesuburan, meminimumkan risiko kanser dan juga penyakit jantung.

3. Bertindak Sebagai Bahan Antioksidan

Tahukah anda, sumber Vitamin E merupakan sebuah bahan antioksidan yang banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas. Sama juga seperti fakta pertama, ia juga secara tidak langsung dapat membantu untuk mengindari dari penyakit merbahaya.

4. Mengatasi Masalah Pre-Menstrual

Khususnya bagi kaum hawa yang Bagi mengalami masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

5. Mencegah Kedutan

Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.

6. Menghilangkan Kesan Parut

Vitamin E akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit.

7. Mengurangkan Masalah Jeragat

Jeragat pada kulit berpunca daripada faktor penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin E disapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.

8. Bantu Sihatkan Reproduksi Lelaki

Vitamin E bantu meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki serta membantu dalam perhubungan suami isteri. Ia juga bantu mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Kebaikan Lain Vitamin E

  • Bertindak meneutralkan radikal bebas
  • Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Memperbaiki tisu
  • Mengurangkan stretch mark di perut
  • Mengurangkan parut luka di kulit
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual (PMS)
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Untuk ibu menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat.

Simptom Kekurangan Vitamin E

Terdapat beberapa simptom yang akan berlaku jika anda mengalami kekurangan Vitamin E:

  • Kesukaran berjalan, ini terjadi kerana vitamin E penting untuk sistem saraf
  • Masalah koordinasi, ia juga berpunca daripada kerosakan neuron iaitu neuron purkinje dan mengganggu penghantaran signal
  • Gangguan penglihatan, hal ini kerana vitamin E yang kurang melemahkan pengesan cahaya di retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan jika dibiarkan
  • Tubuh badan lesu dan gangguan sistem imun
  • Rasa kebas dan mencucuk kerana kerosakan pada fiber pada saraf yang menghalang penghantaran signal

Soalan Lazim Vita-E Complex

Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil Vita-E Complex?
Vitamin E adalah vitamin larut lemak, jadi ia bagus untuk diambil bersama hidangan makanan.

Jika saya mempunyai kulit yang berminyak, adakah sesuai untuk saya mengambil vitamin E?
Individu dengan kulit berminyak mungkin mempunyai kepekatan vitamin E yang tinggi pada bahagian dermis dan epidermis kulit. Walaubagaimanapun, vitamin E bagus untuk kulit apabila diambil bersama vitamin C.

Jika saya mempunyai kulit yang kering, adakah sesuai untuk saya mengambil vitamin E?
Kulit akan mudah merengsa dan meradang apabila kering. Ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Dengan vitamin E, lapisan penghalang minyak dapat dibina dan dapat mengekalkan kelembapan kulit.

Saya sedang mengandung. Bolehkah saya mengambil Vita-E Complex?
Jika anda sedang hamil atau menyusukan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil suplemen vitamin E. Walaubagaimanapun, nutrien-nutrien yang penting untuk diambil semasa tempoh kehamilan adalah protein, asid lemak omega 3, vitamin C, kalsium, vitamin B dan zat besi.

Saya merupakan seorang lelaki yang sedang merancang mendapatkan anak. Bolehkah vitamin E membantu meningkatkan bilangan sperma?
Secara amnya, kajian tentang vitamin E dan bilangan sperma menunjukkan fungsi vitamin E sebagai antioksidan untuk melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesuburan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

    Cara Nak Dapatkan Vitamin E Shaklee

    Untuk pembelian Vitamin E Shaklee boleh dibeli secara online di sini atau boleh hubungi Hana di whatsapp untuk dapatkan supplement anda hari ini.


    Jika anda ingin dapatkan dengan harga lebih murah, boleh mendaftar sebagai ahli shaklee dan teruskan dengan aktifkan keahlian disini (daftar ahli shaklee online)


    Atau ada pertanyaan dan bantuan dari hana, boleh klik di sini untuk pautan link whatsapp hana. Hana akan reply dalam masa 24 jam dan bantu anda jadi ahli.

    (Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk suplemen)

    Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader DDE

    2 comments

    Leave a comment