10 Bahaya Gula Putih Pada Kesihatan

Bahaya gula putih pada kesihatan. Gula putih ni manis di mulut tapi racun di otak. Ini adalah fakta ya.

Gula putih adalah 100% sukrosa. Tanpa bahan kimia semulajadi lain. Manis sekadar manis. Sebab dah melalui pelbagai proses penapisan. Gula putih ni produk akhir.

Selain sumber karbohidrat dan tenaga, sayangnya gula putih tiada nutrient lain. Malah penyebab penyakit kronik, kanser, memori merosot dan banyak lagi. Di bawah Hana terangkan 10 bahaya gula putih pada kesihatan jika tidak dielakkan dari awal.

1. Gula putih lemahkan memori

Kajian dari European Journal of Clinical Nutrition. Pengkaji mahu tahu kesan ambil makanan tinggi Indeks Glisemik di waktu pagi kepada sistem kognitif atau berfikir manusia.

Contoh makanan tinggi indeks glisemik di Malaysia ialah nasi putih, roti putih serta yang berperisa, kuih muih dan makanan yang diletak gula putih.

2. Gula putih ganggu tidur

Kajian di muat di Journal of Clinical Sleep Medicine. Makanan atau minuman tinggi gula putih ganggu tidur. Gula putih boleh sebabkan tidur kita asyik terjaga.

Pusing kiri akan terjaga. Pusing kanan akan tersedar. Pendek kata tak nyenyak tidur.

Jadi kalau kita mahu tidur nyenyak mudah sahaja. Jauhkan diri dari gula putih atau saka putih ini. Hapuskan Saka Kristal Putih dari hidup.

3. Gula putih punca lemak berkumpul

Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lemak juga.

4. Gula putih sebabkkan jerawat

Ramai yang terpasung dalam percaya jerawat adalah hal luaran. Jerawat adalah tanda sistem dalaman yang tidak seimbang. Puncanya di perut.

Asas kepada puncanya pula ialah makanan. Diet yang tinggi gula dan makanan diproses adalah punca utama kepada jerawat.

Makanan jenis ini sebabkan meningkatnya insulin-like growth factor 1 (IGF-1). Tinggi IGF-1 sebabkan liang roma di wajah keluarkan sebum atau bahasa mudahnya jadikan muka berminyak.

Wajah berminyak ini menarik bakteria untuk membentuk gunung gunung berapi di wajah. 1GF-1 juga sebabkan sel kulit bernama keratinocytes meningkat. Sekaligus undang lagi bakteria kontraktor bangunkan gunung-gunung berapi di wajah.

5. Gula putih buatkan kulit berkedut

Tahukah anda lebih banyak gula dalam darah anda lebih cepat kulit menjadi tua. Punca lebihan gula dalam darah?

Tidak lain tidak bukan kerana ambilan gula putih berlebihan.

Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup.

Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman. Jauhi gula putih. Ia toksik yang mengujakan. Beralih kepada alternatif yang lebih selamat. Alternatif semulajadi.

6. Gula putih melemahkan sistem imun

Gula juga mengganggu metabolisma badan. Menyebabkan kegemukan. Kurangkan gula untuk dapat nikmat kurus.

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa. Lapar pula meningkat. Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.

Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar. Dekatkan diri kita dengan hospital. Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan. Setiap hari. Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?

7. Gula putih sebabkan ketagihan

Gula menyebabkan otak mengeluarkan hormon dopamine secara berlebihan. Terutamanya di bahagian nucleus accumbens.

Natijahnya, ketagihan kepada makanan akan memuncak. Gula punca kepada lemah memori. Lebih banyak lupa dari ingat.

Sebabnya? Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. Bayangkan. Jadi perlu hati-hati apabila mengambil makanan dan minuman. Ambil dengan ilmu. Bukan sekadar mahu.

8. Gula putih makanan kanser

Gula boleh menyebabkan kanser. Bagaimana?

Di dalam perut ada bakteria Candida. Ia membesar dan menjadi perkasa dengan gula. Makanan Candida adalah gula. Lagi banyak gula atau makanan berasaskan tepung putih dan nasi putih diambil semakin membesar candida.

9. Gula putih punca berat badan naik

Malaysia ni syurga makanan namun hakikatnya di sebalik makanan serba lazat, adanya punca berat badan naik.

Air boba, kuih muih, minuman manis kafe hipster, kek, keju, pisang cheese, hotdog, burger, pastri, makanan proses, nuget, pizza.

Kesan jangka panjang akan memberi yang tidak baik pada kesihatan tubuh badan kita.

10. Gula putih sebabkan diabetes

Darah dalam tubuh hanya perlukan gula antara 70 hingga 99 milligrams per deciliter. Apabila makanan kita ambil lebih kandungan gulanya, red alert terus berbunyi.

Pankreas diaktifkan. Hormon insulin akan dikeluarkan. Insulin akan pergi ke setiap penjuru tubuh mencari tempat darah dan gula berkumpul.

Setiap ‘pintu’ diketuk. Seperti ‘spot check’ gayanya. Makhluk asing bernama gula dicari. Mereka dinyah-sensitifkan.

Kerja spot check ini sangat teliti. Renyah. Memenatkan. Pankreas akan bekerja keras setiap kali kita makan. Lagi hebat kita membalun, mengudap, mengeteh, mengopi makin keraslah kerjanya.

Lepas dah baca ni, marilah kita sama-sama kurangkan pengambilan gula putih dalam makanan atau minuman harian kita.

Makan di kedai kita memang susah nak elak. Tapi untuk minuman boleh!

Cuba belajar order minum ada kosong di belakang. Contoh, teh o ais kosong, limau kosong, barli kosong. Tawar memang tawar la. Lama-lama lidah akan biasa tanpa manis.

Moga bermanfaat.

Hana A Razak | Sembang Diet FBM | Shaklee Business Leader DDE

Leave a comment