Cara Turunkan Berat Dengan Fat Burning Machine (FBM)

Cara nak turunkan berat dengan Fat Burning Machine (FBM). Dalam banyak jenis diet yang ada di Malaysia ni, buat diet FBM yang paling Hana enjoy tau. Sebab nasi boleh makan, masakan bersantan berlemak boleh, lemak-lemak pada daging ayam boleh juga makan. Jadi boleh kata yang mana buat FBM takda strict sangat.

Apa itu FBM?

FBM adalah satu kaedah yang mengajar badan untuk membakar lemak sendiri dan badan itulah yang dimaksudkan dengan Fat Burning Machine. Kaedah FBM mengajar badan untuk membakar lemak menjadi tenaga. Dan juga mengajar badan tidak bergantung kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga.

FBM bantu stabilkan insulin resistance

Insulin ni adalah nama hormon yang badan kita rembeskan bila kita makan. Organ yang rembeskan insulin adalah organ pankreas. Fungsi insulin adalah bekerja dengan cara memindahkan glukosa dari darah ke dalam sel sebagai tenaga atau penyimpan tenaga.

Insulin ibarat anak kunci (kuning) yang buka pintu (hijau) untuk gula (merah) masuk ke sel.

Insulin resistance (IR) atau dikenali sebagai kerintangan insulin merupakan keadaan di mana jumlah insulin yang normal tidak mencukupi untuk menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot dan juga hati.

Kerintangan insulin pada sel lemak ini akan mengurangkan keberkesanan insulin sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan hidrolisis trigliserida yang tersimpan. Apabila berlaku peningkatan kepada pergerakan lipid tersimpan dalam sel dan ini akan meningkatkan asid lemak bebas dan plasma darah.

Ketika mengalami insulin resistance, pankreas kita tetap menghasilkan insulin. Tetapi sel-sel tubuh tidak menyerap glukos dan ini menyebabkan kadar glukosa dalam darah lebih tinggi dari ukuran yang normal. Insulin resistance merupakan salah satu penyebab diabetes type 2.

Orang malaysia ni, 8 pagi sarapan makan nasi atau roti canai. kemudian pekena teh tarik. Lepas tu 10 pagi makan biskut. 12 tengahari makan nasi 2 pinggan, sayur seciput saja. 4 petang dah lapar. maka makan biskut lagi. 8 malam dinner makan nasi 2 pinggan. Sedap makan dekat rumah ramai-ramai kan. Lepas dinner sambil tengok tv ada kudap-kudap.

Maka sepanjang siang insulin memuncak naik.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan insulin resistance iaitu:
  • Kelebihan berat badan ataupun obesiti
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam
  • Mempunyai sejarah anggota keluarga yang mengalami diabetes
  • Gemar mengambil makanan yang mempunyai kadar gula dan karboohidrat yang tinggi
  • Mengalami diabetes gestasional
  • Hamil
  • Stress yang berpanjangan
  • Berusia lebih 45 tahun
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi dalam jangka masa yang panjang

Antara simptom atau gejala insulin resistance ialah:
  • Lesu
  • Tidak dapat memberi tumpuan
  • Mudah lapar
  • Usus kecil mengembang kerana kebanyakkan gas yang terhasil adalah dari karbohidrat dalam pemakanan
  • Mengantuk kerana kebanyakkan daripada pesakit insulin resistence akan merasa mengantuk selepas pengambilan 20% hingga 30% karbohidrat
  • Kadar kolestrol meningkat
  • Kadar gula dalam darah meningkat
  • Kemurungan disebabkan oleh metabolis berubah akibat dari kerintangan insulin dan kesan psikologi adalah perkara normal

FBM bantu stabilkan insulin resistance

Cara nak stabilkan insulin resistance :
  1. Intermittent fasting
  2. Diet FBM atau Diet Keto
  3. Detox
  4. Senaman ringan

Metabolik sindrom dah terlalu biasa dalam masyarakat kita. Kebanyakkan disebabkan oleh faktor pemakanan. Jadi reverse balik insulin resistance, kita perlu rehatkan sekurang-kurangnya 12 jam dan keatas setiap hari. Ada juga yang berpendapat 14 jam.

Caranya adalah dengan intermittent fasting. Tempoh berpuasa yang bertujuan nak rehatkan insulin.

Ada 3 jenis makanan yang boleh dijadikan tenaga iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Karbohidrat yang paling butkan insulin memuncak dengan tinggi. Manakala protein naik sikit saja dan lemak yang paling tak naikkan langsung paras insulin. Hampir flat saja line tu.

Detox sangat penting sebab kita tak tahu dah berapa banyak bahan kimia sintetik dalam badan kita yang bebankan organ detox kita. Bahan-bahan yang membahayakan sel kita disebut toksin.

Toksin yang ada dalam badan kita boleh ganggu sistem hormon kita. Toksin rosakkan struktur sel-sel badan, naikkan radang dalam badan dan toksin ni berkumpul dalam sel lemak.

Menu diet FBM

Ada sesetengah diet nasi tak boleh makan, yang ada santan-santan jangan ambil. Makanan berlemak pun dilarang keras. Elakkan guna minyak sawit katanya.

Tapi dengan FBM hanya ada beberapa syarat utama wajib buat. Lain menu nak makan boleh siap boleh makan masakan kampung yang sedap tu.

Lauk masak di rumah

Lauk makan di kedai

Paru daging boleh makan selalu

Testimoni FBM

Turun 18kg dengan buat FBM

20kg hilang!

Bukan mengandung tapi buncit ! Dengan FBM perut kembali kempis

Cara nak join diet FBM

Syarat untuk join FBM mesti ada set FBM. Ada beberapa set pilihan untuk FBM.

Lepas tu Hana akan coaching personal dan guide untuk buat FBM. Kita ada meaplan FBM dan juga e-book untuk anda jadikan rujukan sepanjang diet FBM.

Nak tahu lebih lanjut atau berminat nak join FBM boleh klik di sini. Hana akan reply dalam masa 24jam.

Hana A Razak | Sembang Diet FBM | Shaklee Business Leader DDE

2 comments

Leave a comment