7 Petua Hilangkan Jeragat

Bila usia mencecah 30 tahun ke atas tanda-tanda kulit alami pigmentasi atau jeragat ni mula kelihatan. Sekarang bukan tunggu berusia jeragat baru nampak di muka malah kadang masih muda pun dah ada jeragat disebabkan beberapa faktor persekitaran dan juga kehidupan mempengaruhi.

Jadi anda tak perlu risau atau sedih bila muka ada jeragat. Anda belum nampak berusia dan belum terlambat lagi untuk atasi masalah jeragat ini.

Apa Itu Jeragat ?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Jenis-Jenis Jeragat

Jeragat sering terjadi kepada individu yang terdedah kepada sinaran ultraviolet atau bagi wanita yang mengambil hormon. Jeragat kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki.

3 jenis jeragat :

1) Epidermal

Epidermal atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jenis jeragat epidermal ini mudah dirawat dan sesuai untuk menggunakan krim atau sabun.

2) Dermal

Dermal terjadi dibawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk menggunakan krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

3) Campuran

Campuran terjadi kedua-dua jenis jeragat epidermal dan dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleepingmask.

Gabungan lengkap yang mampu merawat terutamanya waktu kita tidur. Proses lebih berkesan kerana kulit kita akan membentuk sel baru ketika pukul 12 hingga 3 pagi.

Petua Hilangkan Jeragat

Di bawah ni Hana kongsikan beberapa petua yang mungkin anda ikut jika sedang mengalami masalah jeragat.

1) Baking Soda

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.

(Pesanan : Elakkan daripada menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif)

2) Oatmeal

Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

3) Lemon

Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4) Cuka Epal Cider

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

5) Cuci Muka Dengan Kerap

Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.

Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.

6) Gunakan Krim Muka

Cara hilangkan jeragat kedua pula menggunakan krim dari farmasi. Ingat, jangan beli krim yang dijual di tepi jalan!

Gunakan krim benzoil peroksida untuk membersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang amat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukkan kulit dan dengan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.

7. Jumpa Pakar Kulit

Seperti diberitahu, jumpa pakar kulit jika tidak mahu semberono menggunakan produk yang belum tentu kesahihannya. Keluarkan jeragat tersebut dengan berjumpa dengan doktor pakar dermatologi atau doktor pakar kulit. Doktor akan gunakan sejenis alat yang telah disterilkan dan mengeluarkan jeragat serta membuang semua pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati di dalamnya.

Bagaimana Cara Mencegah Jeragat

Setelah anda lihat dan amalkan petua dan cara hilangkan jeragat, Hana pasti anda tidak mahu ianya datang semula bukan? Jom amalkan perkara-perkara di bawah bagi mencegah pembentukan jeragat:

1. Basuh Rambut Selalu

Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meninggikan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat. Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.

2. Kosmetik Bebas Minyak

Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.

3. Diet Pemakanan Sihat

Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.

Itu saja cadangan daripada Hana untuk membantu mengelak dan mengatasi masalah jeragat. Moga membantu dengan petua hilangkan jeragat ni. Next entry Hana kongsikan beberapa vitamin yang boleh membantu kulit lebih sihat dan lambatkan proses penuaan kulit.

Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader Perak

One comment

Leave a comment