5 Sebab Boleh Kurangkan Kalsium Dalam Badan

5 sebab boleh kurangkan kalsium dalam badan. Tahukah anda bahawa gaya hidup dan diet anda memainkan peranan yang penting dalam memastikan kalsium dan nutrien yang lain dapat diserap untuk membentuk tulang?

1/3 wanita daripada 1/5 lelaki akan mengalami patah tulang osteoporosis. Lebih 80% daripada mereka yang patah tulang pada umur 50 tahun ke atas disebabkan oleh osteoporosis.

Wanita dan lelaki mula kehilangan tulang pada pertengahan umur 30-an. 1 daripada 3 pesakit patah tulang pinggul akan kembali patah dalam tempoh 1 tahun. 27% wanita dan 37% lelaki yang mengalami patah tulang pinggul akan mati dalam masa satu tahun.

Di Malaysia, osteoporosis masih tidak dapat dikesan dan dirawat.

Makanan berikut boleh mengurangkan simpanan kalsium anda

1. Makanan masin

Lebih masin makanan anda, lebih banyak kalsium anda hilang melalui air kencing, jadi kurangkan makanan yang diproses dan pilih alternatif rendah natrium. Kajian mendapati bahawa wanita yang telah putus haid dengan diet garam yang tinggi kehilangan lebih banyak mineral tulang daripada wanita lain pada usia yang sama.

2. Soda

Kebanyakan minuman ringan berkarbonat mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air kencing anda. Kajian mendapati wanita yang telah putus haid yang mengambil soda didapati mengalami risiko tinggi patah tulang pinggul.

3. Kafein

Anda kehilangan sekitar 6 miligram kalsium untuk setiap 100 miligram kafein yang anda minum. Efek diuretik kafein menyebabkan kehilangan kedua-dua air serta kalsium dan ia kelihatan ketara apabila anda mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari.

4. Daging merah

Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur daripada makanan berasaskan tumbuhan. Semasa proses penukaran sulfur menjadi sulfat, tulang larut ke dalam aliran darah dan ditapis melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Laporan menunjukkan bahawa apabila protein daripada sumber haiwan dielakkan daripada diet, kehilangan kalsium menjadi separuh lebih kurang berbanding sebelumnya.

5. Merokok

Kajian terhadap kembar yang sama menunjukkan bahawa perokok jangka masa panjang mempunyai risiko keretakan tulang 44% lebih tinggi berbanding dengan kembar mereka yang tidak merokok. Merokok mengurangkan bekalan darah ke tulang manakala nikotin dalam rokok melambatkan pengeluaran sel penghasil tulang. Ia juga memberi kesan kepada keseimbangan estrogen, penting untuk membina dan mengekalkan tulang.

3 langkah untuk tulang kuat

  • Sentiasa kekal aktif
  • Makan dengan seimbang
  • Ambil suplemen yang membina tulang dengan nutrien seperti kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron.

Jadi pastikan anda mengambil sumber kalsium yang cukup mengikut keperluan badan. Elakkan daripada mendapat osteoporosis yang akan beri kesan tidak baik pada tulang anda.

Baca sini juga :

Cara Nak Elak Tulang Rapuh

Manfaat Dan Kelebihan Ostenurix Shaklee

Nak dapatkan produk kalsium dari Shaklee boleh whatsapp hana. Hana akan reply dalam 24 jam.

Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader DDE

3 comments

Leave a comment