Kebaikan Karotenoid Untuk Kesihatan Mata

Kebaikan karotenoid untuk kesihatan mata. Karotenoid ialah pigmen semula jadi yang memberikan warna merah, jingga dan kuning terang pada buah-buahan dan sayur-sayuan serta melindungi tumbuh-tumbuhan daripada kerosakan akibat cahaya matahari.
Ia juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan mata
untuk menyinari hari anda.

Karotenoid dikumpulkan lagi menjadi provitamin A dan non-provitamin A. Provitamin dapat diubah menjadi vitamin A di usus atau hati. Vitamin A itu sendiri merupakan komponen penting bagi kesihatan manusia yang membantu menjaga kesihatan mata dan kekebalan tubuh.

Alpha-karotein, beta-karotein dan beta-cryptoxanthin termasuk ke dalam kumpulan provitamin A. Sedangkan lutein, zeaxannthin dan lycopene adalah kelompok non-provitamin A.

Manfaat Karotenoid

1. Penglihatan lebih baik, lebih jelas
  • Menapis cahaya biru daripada skrin digital
  • Meningkatkan ketajaman penglihatan untuk memberikan anda penglihatan
    yang lebih jelas dan tajam.
  • Mengurangkan risiko Degenerasi Makula Berkaitan Umur (ARMD)
  • Meredakan mata kering dengan menyokong penghasilan air mata
  • Melindungi mata daripada tekanan oksidatif untuk menyokong penuaan
    mata yang sihat
2. Kulit berseri dari dalam ke luar
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya
  • Memperlahankan penuaan kulit pramatang
  • Meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit
3. Kawan baik jantung anda
  • Mengurangkan keradangan dan mencegah pengoksidaan LDL
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan saluran darah
4. Perangsang imun
  • Meningkatkan penghasilan dan aktiviti sel-sel darah putih
  • Mengurangkan keradangan dengan menyekat penghasilan berlebihan sitokin pro-keradangan

Kebaikan Karotenoid

Terdapat lebih daripada 600 jenis karotenoid. Karotenoid yang paling banyak dikaji ialah lutein, likopena, alfa-karotena dan beta-karotena.

Lutein
  • Satu daripada dua karotenoid utama yang terdapat dalam retina anda
  • Menapis cahaya biru daripada skrin digital yang boleh menyebabkan mata kabur,
    penat, dan kering
  • Mengurangkan risiko Degenerasi Makula Berkaitan Umur (ARMD)
  • Meningkatkan ketajaman penglihatan, memberikan anda penglihatan yang lebih jelas dan tajam
Likopena
  • Karotenoid dengan aktiviti antioksida yang paling berkesan
  • Melindungi mata daripada tekanan oksidatif
  • Menyokong penuaan mata yang sihat
Alfa dan Beta Karotena (Provitamin A)

Apabila ditukarkan kepada vitamin A, ia akan membantu untuk:

  • Meningkatkan penglihatan dalam cahaya malap
  • Meredakan kekeringan mata dengan menyokong penghasilan air mata)

Siapa yang memerlukan karotenoid?

  1. Pelajar yang mengulangkaji dalam cahaya gelap
  2. Individu dengan ketagihan telefon pintar penggunaan peranti elektronik yang berlebihan
  3. Pekerja pejabat menggunakan komputer berjam-jam lamanya
  4. Warga emas mata yang semakin tua
  5. Orang dewasa yang inginkan penglihatan yang sihat seperti rabun malam, untuk mengurangkan risiko masalah penglihatan berkaitan umur

Jadi mulakan langkah kesihatan mata anda dengan pengambilan karotenoid yang cukup setiap hari.

Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader DDE

Leave a comment