Testimoni Shaklee Saya : Pengalaman Dengan Vivix

Assalamualaikum wbt.

Testimoni Shaklee saya. Entry kalini Hana nak berkongsi satu pengalaman yang Hana tak pernah tulis panjang di mana-mana platform sebelum ni. Bila diingatkan semula itu adalah satu pengalaman ngeri yang kalau boleh minta dijauhkan untuk ia kembali berulang.

Bagi orang lain hadapi sembelit mungkin perkara normal. Tetapi tidak untuk Hana. Puncanya sebab tak dapat buang air besar je pada hari tersebut tapi berlarutan sampai kena jumpa doktor dan hampir- hampir kena operation jika perdarahan tak berhenti.

Cerita ni dah lama tau, tahun 2019. Masih segar diingatan sampai ke harini. Apa yang Hana ceritakan ini boleh dijadikan sebagai pengajaran atau pengalaman untuk anda berhati-hati apabila hadapi masalah sembelit.

BFF dengan si merah Vivix

Kronologi Cerita

Hari Pertama :

Macam biasa bangun awal pagi untuk solat subuh. Selalunya natural alarm Hana waktu begini. Tapi pagi tersebut tak rasa apa-apa lagi. Lepas tu dah nak sarapan masih tak terasa nak membuang. Hati dah mula gelisah sebab Hana punya cara selagi tak keluarkan sisa semalam selagi tu hana takkan sarapan. Tabiat Hana tu sejak dari sekolah lagi. Jadi dah terbiasa untuk setiap hari mesti buang air besar dulu sebelum mulakan hari baru atau bersarapan. Gitu.

Jadinya Hana terpaksa sarapan macam biasa walaupun hati dah mula rasa tak best. Nanti tak makan lapar pulak kan. Jenuh Hana fikir apa benda yang dimakan semalam tu, kurang ambil serat ke, kurang minum ke. Sebab Hana orang yang jarang-jarang kena sembelit ni.

Jadi sangat pelik bila jadi macam ni. Siap mesej kawan-kawan dalam group tanya apa nak buat bila kena sembelit ni.

Oh ya, tahun 2019 tu kira tahun Hana tak makan Herblax Shaklee lagi. Itu lah, kalau tidak mesti dah setel kan ?

Hari Kedua :

Bangun pagi dengan perasaan yang sangat suram. Segala tips kawan-kawan bagi dah buat, segala vitamin Shaklee yang hana ambil waktu tu pun makan. Masih sama. Perut pun mula rasa tak sedap dah. Sebab nak masuk hari kedua tak buang air besar.

Ini dikira masalah besar untuk Hana ya. Sebab tu Hana pelik orang lain boleh rilex membuang 3 kali seminggu atau seminggu sekali. Perut diorang tak rasa kembung ke eh ? Kan kita setiap hari makan, makan pula bukan sekali je tapi boleh simpan kumbahan tu berhari-hari.

Hari Ketiga :

Hari di mana bermulalah cerita seram. Time ni otak dengan badan dah tak sync. Haha

Yang fikir dalam kepala, nak kena juga buang air besar. Lama tau Hana dalam tandas. Hana paksa dengan teran dan teran. End up berjaya walaupun tak berapa puas tapi ada satu tompokan darah keluar sekali. Hana ingat darah period tau. Jadinya hari tu dah boleh senyum semula walaupun terasa kelat nak senyum pun.

Hari Keempat :

Pagi-pagi masuk tandas, perut rasa memulas dah tapi kan kalini najis yang keluar bersama percikan darah. Memang mangkuk tandas tu penuh darah. Panik!

Dalam kepala dah fikir bukan-bukan. Takut betul. Mesej lagi kawan, ada yang cakap mungkin buasir. Dengar je buasir haa sudah, lagi la tak tenang hidup. Tunggu klinik buka terus pergi.

Dapat ubat tapi doktor pesan kalau esok nya keluar darah lagi. Datang semula klinik.

Hari Kelima :

Masih sama darah terpercik habis mangkuk tandas dengan pakej sakit. Pedih macam kena hiris gitu rasa tu. Hana tak pergi ke klinik yang sama. Kalini terus ke KPJ.

Berdebar nak jumpa doktor tau. Sebab nak tahu punca darah tu. Najis berdarah ke, buasir ke atau ada luka dekat dalam. Masa doktor check pun rasa sakit. Alhamdulilah, bukan buasir. Buasir ni seram juga bagi yang mengalaminya kan.

Punca keluar darah sebab najis tu dah keras, lepas tu kan hana paksa juga untuk keluar. Jadi ada luka dekat area situ. Nasib luka tak dalam doktor cakap. Kalau dalam dah jadi susah sikit. Kena buat proses lain untuk check lebih details.

Doktor bagi ubat, satu untuk sapuan untuk lembutkan kulit disekitar tuttt. Haha malu nak sebut. Lagi satu minyak, rasa macam minyak kelapa pun ya tapi hana tak tau la minyak apa. Makan minyak tu untuk jadi pelincir pada najis. Memang berminyak minyak keluar lepas tu. hihi

Doktor bagi tempoh seminggu untuk follow up seterusnya untuk check kawasan luka tu. Kalau masih berdarah lagi kena proceed dengan operation untuk berhentikan darah untuk kecutkan otot disekitar tuttt tadi. Dengar doktor cakap macam tu terus seram sejuk.

Balik rumah tak fikir lain dah nak ambil Vivix Shaklee!

Pendekkan Cerita

Selain makan minyak yang doktor bagi tu, Hana juga ambil Vivix. Tapi bukan satu sudu tau, hana up dose 2 kali sehari untuk pagi dan malam. Haa, ini kes special tau. Sebab ikutkan cadangan Shaklee satu sudu sehari saja.

Sebabnya hana nak baikkan luka tadi dengan cepat. Taknak lah sampai ke operate. Nanti mesti susah nak duduk ke, macam mana nak membuang nanti. Memang overthinking habis.

Lepas balik dari jumpa doktor tu, tiga hari pertama masih keluar darah. Masuk hari keempat dah takda darah keluar. Alhamdulilah syukur! Sakit pedih macam kena hiris pun takda. Pembuangan pun dah normal kembali.

Hana teruskan on Vivix tu dua kali sehari sampailah ke hari follow up. Waktu ni baru rasa wow dengan Vivix. Selalu baca testimoni kastemer saja. Bila dah alami sendiri, polifenol sangat membantu untuk baikkan luka dengan cepat.

Dalam Vivix ada polifenol yang tinggi antioksida membantu proses penyembuhan luka (tisu) dengan menghalang luka dijangkiti kuman dan membantu menghasilkan sel-sel lebih kuat serta memberi tenaga kepada sel bagi percepatkan penyembuhan luka serta menghalang terjadinya parut.

Follow Up Day!

Berdebar bercampur gembira sebab darah dah berhenti kan.

Masa doktor check, doktor cakap luka dah kering elok. Jadi lepas ni dah tak payah datang dan takda operation apa-apa. Tapi kena jaga-jaga sebab luka tu boleh jadi semula kalau alami situasi yang sama. Jangan biarkan sampai sembelit dan meneran lagi.

Sejak tu, Hana dah serik dan menyesal sebab meneran paksa keluarkan najis tu. Trauma tu sampai sekarang.

Testimoni diri sendiri. Lefff!

Tips Posisi Di Tandas

Ni doktor share dengan hana. Posisi yang baik jika anda alami sembelit adalah guna tandas cangkung. Jika tandas duduk, anda perlu alaskan kaki dengan kerusi rendah untuk pastikan posisi kaki dalam 35′ macam tu.

Jadi kalau rumah anda jenis tandas duduk, boleh prektis cara macam ni. Jangan pula pergi mencangkung atas tu, nanti terjunam kaki dalam mangkuk tandas satu hal pula. hihi

Sebab bila posisi duduk ketika membuang air besar memerlukan tekanan abdomen lebih tinggi berbanding mereka yang mencangkung.

Detox Dengan Shaklee

Bagi yang ada masalah sembelit, anda boleh ambil Herblax untuk bantu pembuangan lebih lawas dan najis lebih lembut.

Herblax mengandungi herba-herba bantu lembutkan najis, bantu proses pencernaan, detox dan lain-lain lagi.

Atau anda boleh detox dengan Vivix. Vivix bantu detox keseluruhan badan.

Antara Manfaat Vivix yang kita boleh dapat adalah :

1. Menyingkirkan kotoran serta racun di dalam badan yang dengan cara menyingkirkan toksin.

2. Melancarkan aliran darah di dalam badan. Aliran darah yang tersumbat antara punca kita jadi sesak nafas dan kena serangan jantung.

3. Kulit wajah yang kusam akan kelihatan lebih berseri selepas detox dengan vivix. Salah satu punca muka kelihatan kusam adalah disebabkan toksin yang berkumpul di dalam badan.

4. Membantu untuk menurunkan berat badan dan juga kadar kolestrol jahat di dalam badan.

5. Makin meningkat usia, badan memerlukan lebih banyak masa untuk membina sel baru. Jadi, vivix membantu untuk mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.

Jadi itulah kisah testimoni Shaklee dan pengalaman Hana dengan Vivix. Vivix antara supplement febret yang Hana suka sampai sekarang. Walaupun premium harganya tapi effect dari amalkan Vivix pun sangat baik untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran kita.

Doakan Hana dapat hadiah istimewa tajaan dari anakkuwira.com.

Terima kasih sudi baca kisah ngeri Hana.

Hana A Razak | SID1253416 | Shaklee Business Leader DDE

3 comments

Leave a comment